top of page

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca. Pusat Jagaan Teduhan Zafrah ini adalah sebuah badan swasta yang memberi perkhidmat terutama Warga Emas dan OKU. PJTZ ini telah ditubuhkan pada 9 September 2013 dan mendapat perhatian dari Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Kami menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dalam penjagaan Warga Emas & OKU. Kami mempunyai staff yang berpengalaman dan berdaftar dengan Lembaga Juruawat Malaysia(LJM). Selain itu kami juga telah mengikuti kursus-kursus khas mengenai Geriatric Care & Palliative Care. Bayaran yang kami cadangkan bukanlah semata-mata untuk mencari keuntungan, tetapi ianya untuk membayar keperluan penyelia rumah, bil air bil elektrik, makanan yang berkhasiat tinggi dan dll. Bayaran PENDAFTARAN berjumlah RM200 bagi penghuni yang menetap di PJTZ dan bagi penjagaan BULANAN untuk penghuni yang ingin menetap di PJTZ bermula dari RM1300 untuk setiap penghuni dan penghuni HARIAN pula bermula dari RM100. Bayaran akan ditentukan selepas PJTZ membuat penilaian keadaan penghuni yang ingin menetap di PJTZ.

PUSAT JAGAAN TEDUHAN ZAFRAH

© 2023 by Senior Residence. Proudly created with Wix.com

bottom of page