top of page

Amenities

PENGINAPAN

 

Kami mempunyai 8 katil untuk para penghuni yang menetap di PJTZ dengan diberi perhatian penuh dan penjagaan yang sempurna. Pusat kami dilengkapi dengan 2 bilik air, 3 bilik tidur, penyamanan udara, astro, mini taman dan segala keperluan Warga Emas untuk memberi keselesaan optimum kepada para punghuni di PJTZ. Selain itu PJTZ juga menjemput Ustaz dan Ustazah untuk memberi taskiraq, pengajian Al-Quran dan hadis mengikut hari dan masa yang ditetapkan

"Makan Untuk Kesihatan, Resepi Kehidupan Sihat"

 

PJTZ menyediakan makanan berkhasiat tinggi yang mengikut jadual pemakanan sihat yang di disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). "Makan Untuk Kesihatan.Resepi Kehidupan Sihat". Kami menyediakan makanan yang mewakili kumpulan makanan seperti yang digariskan di dalam Piramid Makanan.

 

 

 

STAFF PJTZ

 

PJTZ mempunyai pekerja yang berpengalaman dan telah berdaftar dengan Nursing Board Malaysia selepas tamat dengan jayanya pengajian dalam bidang kejururawatan di University Segi Kota Damansara. Dengan adanya practical yang kukuh dalam bidang kejururawatan ini serta pengalaman kerja yang banyak mengajar erti sebenar jururawat adalah salah satu kerja yang diiktiraf tinggi. Tambahan pula, pekerja kami juga telah tamat mengikuti kursus khas tentang penjagaan warga emas iaitu Geriatric Care & Palliative Care yang telah ditaja oleh Segi University.

© 2023 by Senior Residence. Proudly created with Wix.com

bottom of page